Tuesday, November 13, 2012

TIP MENEMPAH KAH KAHWIN

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dgn nikmar dan rahmat Allah yang maha luas, kita diizinkan utk sampai ke penghujung tahun hijriah. moga amal kita setahun yg lalu diterima dan diredhainya. Muharram esok hari, ramai yg merangka impian baru. impian mulia, ingin hidup diberkati dan diredhaiNya.. apa yg lebih penting dari itu kan?

kali ni, saya nak kongsikan tulisan saya yg dah lama saya buat dan kongsikan di page fb. saya suka utk up blk tulisan itu di sini iaitu tentang memilih kad kahwin. apa yg patut dan tidak... bukan semua orang ada gmbran yg tepat tentang hendak mmbuat kad kahwin. boleh baca baca, yg plg penting mesej yg ingin saya smpaikan dalam entry ini ialah tentang perkahwinan yang berkat.. insyaAllah
_____________________________________________


BAGAIMANA MERANCANG UTK TEMPAH KAD KAHWIN


Sepanjang 5 tahun lebih  saya menguruskan kedai percetakan, kepakaran kami di HR adalah membuat kad kahwin. selama itu saya berhadapan dengan berbagai ragam pelanggan semasa hendak membuat tempahan. ada yang sangat mudah, simple dan ada juga yang agak memilih. apapun, semua itu bukanlah masalah besar yang penting anda tahu apa yang anda mahu. untuk tahu apa yang anda mahu, anda perlukan sedikit perancangan dan pada yang memang tidak tahu mngkin perlukan sedikit bantuan.

bagi pelanggan yang tidak tahu apa yg dia mahu tentang kad kahwinnya, biasanya sebelum mngambil pesanan atau melihat contoh2 kad kahwin saya akan bantu dgn ringkas untuk memudahkan pemilihan kad kahwin.

Perkara yang penting yang anda perlu sedar ialah apakah FUNGSI KAD KAHWIN.. itu yang penting, kad kahwin ialah alat untuk mnjemput orang ramai untuk hadir ke majlis perkahwinan kita nanti. apa pun harganya, designnya, yg plg utama maklumat di dalam kad sampai kepada penerima kad iaitu bila majlis berlangsung, siapa yg menjemput, siapa yg kawen dan bagaimana hendak tmpat majlis. yg utama jemputan kita dapat difahami dan diterima dgn jelas.

Berbelanja untuk majlis perkahwinan mmg tinggi, antara yang plg tinggi ialah belanja makan. itu yg plg utama dalam majlis yg perlu kita selesaikan. lain-lain seperti pelamin, baju pengantin, aksesori bkn jg yg plg penting, malah jika tidak berhati-hati kita hanya akan membazir pada sesuatu yg tidak diredhai Allah. ingt, majlis perkahwinan adalah ttk mula keberkatan sebuah rumahtangga, usah hancurkan ia di hari pertama dgn maksiat seperti bersanding, baju yg tidak mngikut syariat, nyanyian dan sebagainya.
berbalik soal kad kahwin, kad kahwin bkn lg perkara yg pntg di hari perkahwinan, oleh sbb itu ramai yg ralat untuk berbelanja besar utk kad kahwin yang akhirnya mngikut kebiasaan akan di tong sampahkan sahaja. biar secantik dan semahal manapun, tidak ada lg yg bermakna pada kad kahwin anda bila majlis anda telah selesai nnti melainkan kpd pengumpul2 kad kahwin.

oleh itu RANCANG BAJET ANDA.. bagaimana??
begini.. pertama anda perlu tahu berapa anggaran belanja keseluruhan majlis perkahwinan anda. contohnya rm20 ribu.. contoh sahaja ye.. anda kena merancang brapa bajet anda untuk setiap perkara utk majlis. 1. belanja mkn. 2. barang2 rmh. 3. baju. 4. door gift. 5. jemputan. anda perlu pasti brapa ramai jemputan yang akan anda jemput. cara kira jemputan ada pelbagai, mngkin sy boleh terangkan nnti.

katakan anda mmbuat bajet utk kad jemputan rm1000 sahaja drp rm20 ribu. brapa ramai pun jemputan yg anda akan jemput, bahagikan jmlah rm1000 td kepada bilangan jemputan untuk mendapat anggaran harga kad sekeping. rm1 ribu utk 1000 jmputan, bajet anda satu kad ialah rm1. jika 2000 jmputan, kad anda tdk boleh lbh dr rm0.50 begitulah seterusnya. jika anda tahu bajet anda, senang untuk anda mbuat pilihan mngikut bajet, tidak perlu melihat kesemua contoh kad kahwin yang ada di kedai, ini akan mmbuat anda rambang mata.
katakan sahaja kepada tuan kedai,  saya mahu buat kad jmputan harga x lebih 50sen untuk 2ribu kpg? boleh tunjukkan saya contoh??
jika bajet merupakan perkara yg pnting sila lah jgn melihat contoh2 kad kahwin yang di luar bajet anda. jika anda tidak kisah ttg bajet, anda boleh melihat kesemua range harga kad kahwin bermula dari 18sen hingga ke rm9 sekeping!

sudah ada bajet skrg nak pilih design. MEMILIH DESIGN merupakan aspek yang plg lama dibuat oleh pelanggan kerana apabila sdh melihat contoh kad jemputan, fungsi asal kad kawen smkn dilupakan, yg mnjadi fokus ketika itu ialah yg mana plg cantik, ikut tema majlis dan selalunya kita nk yang unik dan lain dari org lain.
sblum dtg ke kedai kad jmputan, anda perlu bersedia dgn lakaran peta, mklumat yg perlu dimasukkan dalam kad spya masa yg diambil tdk terlalu lama semasa mmbuat tempahan. elakkan dari baru mahu mula melukis lakaran di kedai, menelefon keluarga ttg jmlah kad, nama siapa yang perlu dimasukkan. urusan boleh dipermudah dan dipercepatkan jika anda bersedia. lagipun anda boleh menjimatkan masa anda utk shopping ke tmpt ln yg lbh pntg. kan..kan..
ingat. pilih design yg tidak mengenepikan fungsi asal kad kahwin. dah pilih,nyatakan kepada pihak kedai bagaimana yg anda inginkan beserta maklumat yg lngkap dan tunggu proses yg seterusnya. next point - proses tempahan kad kahwin.
nampak macam dah selesai, tapi anda perlu tahu satu lagi perkara pnting ialah proses membuat tempahan kad kahwin ialah  

TEMPOH MASA SIAP TEMPAHAN KAD KAHWIN.
Membuat tempahan kad kahwin adalah perkara paling pnting utk anda segerakan kerana ia adalah perkara yg perlu diselesaikan sebelum majlis berlangsung. kebiasaanya kad kahwin perlu dihantar sebulan lebih awal untk memberitahu jemputan ttg majlis kita nnti. ada yg menghantar 2 bulan lbh awal dan 2 mngu lbh lewat. yg penting kad kahwin anda perlu siap sebulan (contohnya) lbh awal seblum majlis.

BILA PERLU MENEMPAH KAD KAHWIN?
sebaiknya tempah kad kahwin anda 2 bulan atau sekurangya 1 bulan sebelum tarikh mula EDAR kad kahwin bukan tarikh majlis kahwin, okey.. contohnya kenduri anda 1 jun, mula edar 1 mei, jd tempah kad anda lbh kurg pada 1 mac atau selewatnya 1 april. ini kerana sesetengah tempat mmbuat kad kahwin tidak akan menerima tempahan yg lewat. anda juga perlu tahu brapa lama proses yg diambil oleh kedai tersebut utk mmbuat kad kahwin.  biasanya begini :
  1. pelanggan datang memilih kad - design, mnghantar maklumat selengkapnya dan menempah. pastikan anda bersetuju dengan semua prosedur di kedai kad kahwin terutama tempoh masa yg ditetapkan.
  2. proses design dimulakan oleh pihak kedai, biasanya 1 minggu dan boleh jadi 2 minggu brgantung kpd traffic di kedai tersebut. buat kepastian utk temujanji seterusnya utk final check kad kahwin
  3. pihak kedai siap buat design, penempah perlu membuat semakan dgn teliti utk memastikan tiada kesilapan selepas cetakan. ini penting, dibimbangi berlaku silap cetak jika tidak disemak. pastikan tarikh, alamat, nama dan peta anda betul selain dari check design kad kawen anda menepati citarasa @ tak.
  4. proses cetakan bermula selepas pelanggan confirm artwork. ada tempat beri tempoh masa 2 minggu dari TARIKH CONFIRM, ada yg 3 minggu dan ada yg sebulan. ingt, dr tarikh anda confirm bukan dari tarikh anda order. sekiranya pihak kedai telah memanggil anda utk buat semakan (dtg kedai, check email), pastikan anda mmbuat semakan dengan segera jika anda mementingkan masa. jika anda berlengah-lengah, kad anda mngkin tidak siap seperti tarikh yg dirancang. elakkan dari mendesak pihak kdai utk menyiapkan kad anda lebih awal dr tempoh yg diberi, ini berkemungkinan anda akan dikenakan caj 'rush order' atau kualiti kad tidak sperti yg diharapkan.
  5. kad siap,boleh ambil.. dan edar.
TIP-TIP TAMBAHAN MENEMPAH KAD KAHWIN
  • elakkan buat 2 jenis kad kahwin yg berbeza. ramai yg suka buat 2 jns kad kahwin, kad bajet dan kad vip. bila anda menepah kad bajet lbh bnyk dan kad vip dgn kuantiti yg sedikit, anda perlu kad vip yg dicetak dgn kuantiti yg sikit sgt mahal sdgkan anda boleh cetak kad vip keseluruhannya dgn kuantiti yg bnyk pd harga yg sama dengan anda cetak 2 jns kad berlainan tersebut.
  • elakkan juga menempah kad kahwin terlalu sedikit dan dtg kemudian menempah lagi kerana tidak cukup. harga lebih tinggi jika cetak sedikit.. sedikit. biar tempah lebih sedikit sebagai persediaan, lebih murah, tidak bnyk kerja dan selamat.
  • sediakan maklumat yg lengkap dan tepat semasa datang membuat tempahan
  • SEMAK kad anda dengan teliti. maklumat betul dan jelas.
  • buat tempahan awal
  • buat perbandingan harga dengan beberapa kedai dari sudut harga dan design.
satu lagi pesanan peribadi saya, elakkan lah dari berhajat utk mmbuat kad kahwin yg letak gambar. terutama gmbr yg tdk mematuhi syariat, kebiasaannya semasa menempah kad kahwin, pasangan tersebut blum lg jd suami isteri,. usahlah meletak gmbr yg berdua2an, sudah berpelukan, berpegang tgn, rapat bahu dan pipi. gmbr berasingan yg dirapakan secara editting juga tidak perlu. elakkan juga gmbr yg 'posing' maut, berlebihan, mendedahkan aurat dan sebagainya. ini hanya akan mengundang fitnah kpd bakal pengantin dan juga fitnah kepada Ummah Islam. akhlak muda-muda masa kini mmg amat menyedihkan.. jgn nnti tua, br menyesal dengan kesilapan semasa darah muda..
Apa yang saya kongsikan di sini adalah sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai pembuat kad kahwin dan juga pernah merasai pengalaman membuat persiapan sebelum majlis perkahwinan. Ada perkara yg saya tidak tahu dulu dan mnyesal sekarang kerana tidak mementingkan perkara yg penting. 'first thing first' atau dalam Islam.. fiqh aulawiyyat.. saya harap kawan2 dan adik2 tidak mengulangi kesilapan2 org2 yg terdahulu. ambillah pengajaran dan ingtlah pesan saya di awal td, perkahwinan merupakan perkara yg mulia. pastikan majlis itu adalah majlis yg diberkati. mahu majlis yg diberkati perlu ada usaha utk melakukan perkara yg betul dan elak perkara2 yg tidak penting, membazir dan maksiat.
semoga tulisan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi sedikit panduan kepada bakal pngantin dan dpt menyampaikan sedikit kesedaran ttg apa yg patut dan tidak. jika terdapat kesilapan dan kekurangan di dalam tulisan ini, semua dialu alukan utk membtulkannya. saya hanya manusia biasa, menyampaikan berdasarkan apa yang saya tahu dan alami. jika baik, boleh tolong disampaikan pada yg lain. feel free to tag others..

Sebelum berkahir, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kpd semua pelanggan2 saya yg bersama saya dari awal saya memulakan perniagaan ini dengan serba kekurangan. kesabaran dan kesetiaan kalian adalah kunci kpada kesinambungan bisnes saya dan pelanggan lah yg memberikan bnyk pengalaman ini kpada saya. saya memohon maaf di atas kekurangan dan moga dpt diperbaiki dari masa ke semasa. terima kasih, terima kasih.. saya sentiasa berharap dan berusaha agar perniagaan saya ini dapat mmbantu masyarakat sekeliling  saya, memudahkan semua dan diberkati Allah.

ikhlas,
Latiffah
poskadkahwin2u



2 comments: