Friday, December 21, 2012

TQ card / pocket calendar


salah satu 'gift' yang boleh didapati dalam goodies bag ialah pocket calendar. comel je, boleh simpan dalam dompet atau kat mana2 la. kadang2 masa terdesak cari kalendar tak jmpa.

design kat atas tu poskadkahwin2u dpt order dari seorang kawan baik kat kedah utk majlis kawen adik dia. dia request nak letak doa nazilah/ qunut nazilah.. utk keselamatan dan keamanan umat islam. bagus doa ni utk diamalkn utk kita semua. moga panjang pahala orang yg membaca doa ini sampai kepada yg memberi dan sampai juga kepada kami yang buatkn design ni. aameen

calendar 2013/pocket calendar

saiz ; 90mmx 54mm
print : double side full color
material : artcard 260gsm
price : 500pcs ; rm55
        1000pcs : rm65

kad kahwin poskad more design on fb!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

syukur alhamdulillah, kita masih dikurniakan kesempatan berada di penghujung tahun 2012 dalam keadaan terbaik. percaya tak percaya kita dah melalui setahun perjalanan hidup dengan pelbagai cerita suka duka, ujian, cubaan, khabar gembira dan bahagia dan tak kurang yang mengalami jatuh bangun yang merubah seluruh hidup. apapun bersyukur kepada Allah kerana Dia mengurniakan kesempatan itu untuk kita buat lebih baik dari sebelumnya dan meraih keredhaanNya. apapun yang kita buat, ingat utk kembali kepada Dia yang lebih mengetahui. Dia kan yang Maha Pengasih dan Maha Luas rahmat dan kasih sayang. oleh itu, senyum2 sahaja .. :)

bulan disember ini bulan yang penuh dengan undangan majlis perkahwinan kan? gembira rasanya para pelanggan poskadkahwin2u yang telah selamat menunaikan satu sunnah ini, moga Allah mmberkati perkahwinan mereka dan mengurniakan yang terbaik. melangkah ke alam baru bukan mudah, apa yang penting.. kerjasama! eh, mcm wonderpets plak.. yg penting ialah pergntungan x berbelah bagi kepada Allah.

selalu saja terabai untuk update design baru di blog ni. haisy.. mentang2 ada fb, rasa lebih mudah update terus kat sana.nak tengok pun mcm lagi senang rasanya.. Alhamdulillah, walupun tgh kalut sangat sekarang ni, sempat juga update skt2 design baru kat blog ni. harap ada yang menepati citarasa. sempat update design baru je, yg dah siap print tak sempat nak upload. tak mmpu den.. ok la tu kan..

kepada yang lebih suka dan mudah akses ke fb, sila la ye like page http://www.facebook.com/Poskadkahwin2u
senang sket nak update dan dapat news yang terbaru.

harap2nya poskadkahwin2u bukan saja memudahkan bakal pengantin untuk mmbuat tempahan kad kahwin tapi juga boleh saling melengkapi dengan memberi peringatan dan menambah ilmu di lain masa.

oh ye, di poskadkahwin2u kami fokus utk single card, kad kahwin poskad. lebih convenient kan.. yang penting bajet.. utk kad jenis lain pun ada tapi yang tu kena bincang kat ofis la ye. hehe..

terima kasih sudi baca coretan kali ni..

salam kasih dan sayang
Latiffah
poskadkahwin2u (pusat percetakan HR)