Tuesday, April 16, 2013

promosi kad kahwin kembali


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh

sekarang musim panas. musim panas nak pilihanraya umum ke 13. ready dah ke kawan2. kami di poskadkahwin pun nak amek bahang ni jugak.. buat promo sempena PRU13. ( apa kaitan ek dengan kad kahwin) x kisah la apa kaitan pun.. memang dah lama x buat promosi kad kahwin. kesian plak customer asyik tnya je.. takde promosi ke..

ha, ni kami buat promosi. sampai 30 april 2013 ni je tau. berbaloi.. pelanggan pilih sendiri nak diskaun 10% ke nak percuma bunting and tq card. ada org nak jimat duit, ada org nak guna barang. ikut la.. i follow.

ok check it out this promotion ye. dan jgn lupa beritahu kawan2 yg lain

terima kasih


TERMA DAN SYARAT PROMOSI KAD KAHWIN 10 - 30 APRIL 2013
1. Sah untuk kad kahwin terpilih sahaja seperti yang terdapat di dalam album facebook poskadkahwin2u / blog poskadkahwin2u. 
2. Pelanggan bersetuju dengan tempoh masa kerja yang ditetapkan oleh pihak HR iaitu dalam tempoh 10 hari bekerja utk proses lakaran 
grafik dan 10 hari proses cetakan selepas pengesahan Artwork diterima.
3. Deposit sekurang-kurangnya 50% daripada harga keseluruhan semasa tempahan dibuat
4. Promosi tidak sah sekiranya terdapat permintaan menukar design seperti warna, layout, ayat, susunan, saiz, jenis kad, envelope yang
berlainan seperti yang dipaparkan. (tertakluk kepada budibicara)
5. Promosi hanya sah utk saiz, jenis kad, kuantiti dan design seperti yang dinyatakan sahaja.
6. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan promosi A iaitu diskaun 10% atau promosi B iaitu percuma bunting & kad terima kasih.
7. Design bunting dan TQ Card setema dengan design kad kahwin yg dipilih. Tidak sah untuk penambahan gambar dan lain-lain yang
tidak berkaitan.
8. Rujuk spesifikasi berikut utk maklumat lanjut

saiz kad : 210mm x 90mm (c2u) | 180mm x 108mm (c4u)
material : artcard 260gsm
cetakan : depan dan belakang warna penuh
sampul : putih sahaja
kuantiti : 500kpg, 1000kpg, 1500kpg, 2000kpg
TQ Card : artcard260, single side printing, 54x54mm
Bunting : 2’x4’ tarpaulin 600dpi with pvc pipes

saiz kad : 155mm x 90mm (c3u)
material : artcard 260gsm
cetakan : depan dan belakang warna penuh
sampul : putih sahaja
kuantiti : 500kpg, 1000kpg, 1500kpg, 2000kpg
TQ Card : artcard260, single side printing, 54x54mm
Bunting : 2’x4’ tarpaulin 600dpi with pvc pipes




Monday, March 25, 2013

Sticker kahwin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

lama tak update blog. biasa update fb page je. kali ni nak update sticker price. insyaAllah, harga berbaloi dan terendah di pasaran. takde cadangan nak up harga lagi buat masa ni. boleh la nak order. ready made design dah ada.. nak tukar kaler sket2 tu bolehla. klu ada design sndr, tinggal print je pun boleh..

ok, check it out ... jgn malu2 nak order ye :)




Thursday, February 14, 2013

tempahan online dibuka!

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, sekarang tgh cuti tahun baru cina, banyak yg ke jinjang pelamin. serius, kad kahwin yg kami buat utk tarikh masa cuti thn baru cina ni memang banyak.. selamat masing2 menjadi suami dan isteri. 
Moga limpahan keberkatan untuk semua pasangan baru.

oklah, dari haritu kata update blog ni bg boleh tempah online.. asyik tak sempat je. tak menang tangan dgn order yg walk in kat ofis. sebab tu kami tak ready lagi utk ambil tempahan secara online. alhamdulillah, dengan pertambahan designer, insyaAllah kami mampu untuk menampung permintaan yg semakin meningkat ni dan memberi tumpuan utk tempahan secara online.

pada yang segan2 nak datang ofis atau jarak memisahkan kita.. boleh la walk da blog dan klu puashati boleh tempah scara online saja..  x bersua muka bertentang mata pun takpe kan... kami akan uruskan dengan adil dan saksama..  boleh baca cara-tempahan di http://poskadkahwin2u.blogspot.com/p/proses-tempahan.html
dan submit borang tempahan di http://poskadkahwin2u.blogspot.com/p/borang-tempahan.html.

ni logo baru untuk poskadkahwin2u, cantik tak? poskadkahwin2u ni kira brand untuk produk kadkahwin yang dikeluarkan oleh percetakan HR. sesetengah customer dah familiar dgn HR terutamanya orang tempatan. mana2 pun boleh. :)



mudah sangat.. kalau ada masalah, tak faham atau perlukan consultation, just call 0135303544 (Latifah) berkenaan tempahan kad kahwin terutama yang berkaitan tempahan online. adapun untuk lain2 tempahan printing boleh direct kol ke ofis. 

Sebelum menutup kata untuk entry kali ni, saya ingin berkongsi dengan pengunjung tentang perlunya kita mengingati Allah dalam setiap tindak tanduk kita juga dalam setiap hela nafas kita. Dengan mengingati Allah, hati kita akan tenang.. Ala bizikrillahi tathmainnal quluub.. Allah yg memiliki hati kita, jadi gantunglah pengharapan kita kepadaNya agar kita thabat dan kuat di jalan yang betul.


Allah Ta’ala berfirman:
“Karena itu, ingatlah kamu kepadaKu, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan). Dan bersyukurlah kepadaKu, serta jangan ingkar (pada nikmatKu)”. (Al-Baqarah, 2:152).
Rasul Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:
يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ((أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِيْ، فَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِيْ نَفْسِيْ، وَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِيْ مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِيْ يَمْشِيْ أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً)).
Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”.(HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061. Lafazh hadits ini riwayat Al-Bukhari.)


salam jumpa lagi pengunjung yg dirahmati Allah sekalian.

Poskadkahwin2u



Friday, December 21, 2012

TQ card / pocket calendar


salah satu 'gift' yang boleh didapati dalam goodies bag ialah pocket calendar. comel je, boleh simpan dalam dompet atau kat mana2 la. kadang2 masa terdesak cari kalendar tak jmpa.

design kat atas tu poskadkahwin2u dpt order dari seorang kawan baik kat kedah utk majlis kawen adik dia. dia request nak letak doa nazilah/ qunut nazilah.. utk keselamatan dan keamanan umat islam. bagus doa ni utk diamalkn utk kita semua. moga panjang pahala orang yg membaca doa ini sampai kepada yg memberi dan sampai juga kepada kami yang buatkn design ni. aameen

calendar 2013/pocket calendar

saiz ; 90mmx 54mm
print : double side full color
material : artcard 260gsm
price : 500pcs ; rm55
        1000pcs : rm65

kad kahwin poskad more design on fb!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

syukur alhamdulillah, kita masih dikurniakan kesempatan berada di penghujung tahun 2012 dalam keadaan terbaik. percaya tak percaya kita dah melalui setahun perjalanan hidup dengan pelbagai cerita suka duka, ujian, cubaan, khabar gembira dan bahagia dan tak kurang yang mengalami jatuh bangun yang merubah seluruh hidup. apapun bersyukur kepada Allah kerana Dia mengurniakan kesempatan itu untuk kita buat lebih baik dari sebelumnya dan meraih keredhaanNya. apapun yang kita buat, ingat utk kembali kepada Dia yang lebih mengetahui. Dia kan yang Maha Pengasih dan Maha Luas rahmat dan kasih sayang. oleh itu, senyum2 sahaja .. :)

bulan disember ini bulan yang penuh dengan undangan majlis perkahwinan kan? gembira rasanya para pelanggan poskadkahwin2u yang telah selamat menunaikan satu sunnah ini, moga Allah mmberkati perkahwinan mereka dan mengurniakan yang terbaik. melangkah ke alam baru bukan mudah, apa yang penting.. kerjasama! eh, mcm wonderpets plak.. yg penting ialah pergntungan x berbelah bagi kepada Allah.

selalu saja terabai untuk update design baru di blog ni. haisy.. mentang2 ada fb, rasa lebih mudah update terus kat sana.nak tengok pun mcm lagi senang rasanya.. Alhamdulillah, walupun tgh kalut sangat sekarang ni, sempat juga update skt2 design baru kat blog ni. harap ada yang menepati citarasa. sempat update design baru je, yg dah siap print tak sempat nak upload. tak mmpu den.. ok la tu kan..

kepada yang lebih suka dan mudah akses ke fb, sila la ye like page http://www.facebook.com/Poskadkahwin2u
senang sket nak update dan dapat news yang terbaru.

harap2nya poskadkahwin2u bukan saja memudahkan bakal pengantin untuk mmbuat tempahan kad kahwin tapi juga boleh saling melengkapi dengan memberi peringatan dan menambah ilmu di lain masa.

oh ye, di poskadkahwin2u kami fokus utk single card, kad kahwin poskad. lebih convenient kan.. yang penting bajet.. utk kad jenis lain pun ada tapi yang tu kena bincang kat ofis la ye. hehe..

terima kasih sudi baca coretan kali ni..

salam kasih dan sayang
Latiffah
poskadkahwin2u (pusat percetakan HR)


Tuesday, November 13, 2012

TIP MENEMPAH KAH KAHWIN

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, dgn nikmar dan rahmat Allah yang maha luas, kita diizinkan utk sampai ke penghujung tahun hijriah. moga amal kita setahun yg lalu diterima dan diredhainya. Muharram esok hari, ramai yg merangka impian baru. impian mulia, ingin hidup diberkati dan diredhaiNya.. apa yg lebih penting dari itu kan?

kali ni, saya nak kongsikan tulisan saya yg dah lama saya buat dan kongsikan di page fb. saya suka utk up blk tulisan itu di sini iaitu tentang memilih kad kahwin. apa yg patut dan tidak... bukan semua orang ada gmbran yg tepat tentang hendak mmbuat kad kahwin. boleh baca baca, yg plg penting mesej yg ingin saya smpaikan dalam entry ini ialah tentang perkahwinan yang berkat.. insyaAllah
_____________________________________________


BAGAIMANA MERANCANG UTK TEMPAH KAD KAHWIN


Sepanjang 5 tahun lebih  saya menguruskan kedai percetakan, kepakaran kami di HR adalah membuat kad kahwin. selama itu saya berhadapan dengan berbagai ragam pelanggan semasa hendak membuat tempahan. ada yang sangat mudah, simple dan ada juga yang agak memilih. apapun, semua itu bukanlah masalah besar yang penting anda tahu apa yang anda mahu. untuk tahu apa yang anda mahu, anda perlukan sedikit perancangan dan pada yang memang tidak tahu mngkin perlukan sedikit bantuan.

bagi pelanggan yang tidak tahu apa yg dia mahu tentang kad kahwinnya, biasanya sebelum mngambil pesanan atau melihat contoh2 kad kahwin saya akan bantu dgn ringkas untuk memudahkan pemilihan kad kahwin.

Perkara yang penting yang anda perlu sedar ialah apakah FUNGSI KAD KAHWIN.. itu yang penting, kad kahwin ialah alat untuk mnjemput orang ramai untuk hadir ke majlis perkahwinan kita nanti. apa pun harganya, designnya, yg plg utama maklumat di dalam kad sampai kepada penerima kad iaitu bila majlis berlangsung, siapa yg menjemput, siapa yg kawen dan bagaimana hendak tmpat majlis. yg utama jemputan kita dapat difahami dan diterima dgn jelas.

Berbelanja untuk majlis perkahwinan mmg tinggi, antara yang plg tinggi ialah belanja makan. itu yg plg utama dalam majlis yg perlu kita selesaikan. lain-lain seperti pelamin, baju pengantin, aksesori bkn jg yg plg penting, malah jika tidak berhati-hati kita hanya akan membazir pada sesuatu yg tidak diredhai Allah. ingt, majlis perkahwinan adalah ttk mula keberkatan sebuah rumahtangga, usah hancurkan ia di hari pertama dgn maksiat seperti bersanding, baju yg tidak mngikut syariat, nyanyian dan sebagainya.
berbalik soal kad kahwin, kad kahwin bkn lg perkara yg pntg di hari perkahwinan, oleh sbb itu ramai yg ralat untuk berbelanja besar utk kad kahwin yang akhirnya mngikut kebiasaan akan di tong sampahkan sahaja. biar secantik dan semahal manapun, tidak ada lg yg bermakna pada kad kahwin anda bila majlis anda telah selesai nnti melainkan kpd pengumpul2 kad kahwin.

oleh itu RANCANG BAJET ANDA.. bagaimana??
begini.. pertama anda perlu tahu berapa anggaran belanja keseluruhan majlis perkahwinan anda. contohnya rm20 ribu.. contoh sahaja ye.. anda kena merancang brapa bajet anda untuk setiap perkara utk majlis. 1. belanja mkn. 2. barang2 rmh. 3. baju. 4. door gift. 5. jemputan. anda perlu pasti brapa ramai jemputan yang akan anda jemput. cara kira jemputan ada pelbagai, mngkin sy boleh terangkan nnti.

katakan anda mmbuat bajet utk kad jemputan rm1000 sahaja drp rm20 ribu. brapa ramai pun jemputan yg anda akan jemput, bahagikan jmlah rm1000 td kepada bilangan jemputan untuk mendapat anggaran harga kad sekeping. rm1 ribu utk 1000 jmputan, bajet anda satu kad ialah rm1. jika 2000 jmputan, kad anda tdk boleh lbh dr rm0.50 begitulah seterusnya. jika anda tahu bajet anda, senang untuk anda mbuat pilihan mngikut bajet, tidak perlu melihat kesemua contoh kad kahwin yang ada di kedai, ini akan mmbuat anda rambang mata.
katakan sahaja kepada tuan kedai,  saya mahu buat kad jmputan harga x lebih 50sen untuk 2ribu kpg? boleh tunjukkan saya contoh??
jika bajet merupakan perkara yg pnting sila lah jgn melihat contoh2 kad kahwin yang di luar bajet anda. jika anda tidak kisah ttg bajet, anda boleh melihat kesemua range harga kad kahwin bermula dari 18sen hingga ke rm9 sekeping!

sudah ada bajet skrg nak pilih design. MEMILIH DESIGN merupakan aspek yang plg lama dibuat oleh pelanggan kerana apabila sdh melihat contoh kad jemputan, fungsi asal kad kawen smkn dilupakan, yg mnjadi fokus ketika itu ialah yg mana plg cantik, ikut tema majlis dan selalunya kita nk yang unik dan lain dari org lain.
sblum dtg ke kedai kad jmputan, anda perlu bersedia dgn lakaran peta, mklumat yg perlu dimasukkan dalam kad spya masa yg diambil tdk terlalu lama semasa mmbuat tempahan. elakkan dari baru mahu mula melukis lakaran di kedai, menelefon keluarga ttg jmlah kad, nama siapa yang perlu dimasukkan. urusan boleh dipermudah dan dipercepatkan jika anda bersedia. lagipun anda boleh menjimatkan masa anda utk shopping ke tmpt ln yg lbh pntg. kan..kan..
ingat. pilih design yg tidak mengenepikan fungsi asal kad kahwin. dah pilih,nyatakan kepada pihak kedai bagaimana yg anda inginkan beserta maklumat yg lngkap dan tunggu proses yg seterusnya. next point - proses tempahan kad kahwin.
nampak macam dah selesai, tapi anda perlu tahu satu lagi perkara pnting ialah proses membuat tempahan kad kahwin ialah  

TEMPOH MASA SIAP TEMPAHAN KAD KAHWIN.
Membuat tempahan kad kahwin adalah perkara paling pnting utk anda segerakan kerana ia adalah perkara yg perlu diselesaikan sebelum majlis berlangsung. kebiasaanya kad kahwin perlu dihantar sebulan lebih awal untk memberitahu jemputan ttg majlis kita nnti. ada yg menghantar 2 bulan lbh awal dan 2 mngu lbh lewat. yg penting kad kahwin anda perlu siap sebulan (contohnya) lbh awal seblum majlis.

BILA PERLU MENEMPAH KAD KAHWIN?
sebaiknya tempah kad kahwin anda 2 bulan atau sekurangya 1 bulan sebelum tarikh mula EDAR kad kahwin bukan tarikh majlis kahwin, okey.. contohnya kenduri anda 1 jun, mula edar 1 mei, jd tempah kad anda lbh kurg pada 1 mac atau selewatnya 1 april. ini kerana sesetengah tempat mmbuat kad kahwin tidak akan menerima tempahan yg lewat. anda juga perlu tahu brapa lama proses yg diambil oleh kedai tersebut utk mmbuat kad kahwin.  biasanya begini :
  1. pelanggan datang memilih kad - design, mnghantar maklumat selengkapnya dan menempah. pastikan anda bersetuju dengan semua prosedur di kedai kad kahwin terutama tempoh masa yg ditetapkan.
  2. proses design dimulakan oleh pihak kedai, biasanya 1 minggu dan boleh jadi 2 minggu brgantung kpd traffic di kedai tersebut. buat kepastian utk temujanji seterusnya utk final check kad kahwin
  3. pihak kedai siap buat design, penempah perlu membuat semakan dgn teliti utk memastikan tiada kesilapan selepas cetakan. ini penting, dibimbangi berlaku silap cetak jika tidak disemak. pastikan tarikh, alamat, nama dan peta anda betul selain dari check design kad kawen anda menepati citarasa @ tak.
  4. proses cetakan bermula selepas pelanggan confirm artwork. ada tempat beri tempoh masa 2 minggu dari TARIKH CONFIRM, ada yg 3 minggu dan ada yg sebulan. ingt, dr tarikh anda confirm bukan dari tarikh anda order. sekiranya pihak kedai telah memanggil anda utk buat semakan (dtg kedai, check email), pastikan anda mmbuat semakan dengan segera jika anda mementingkan masa. jika anda berlengah-lengah, kad anda mngkin tidak siap seperti tarikh yg dirancang. elakkan dari mendesak pihak kdai utk menyiapkan kad anda lebih awal dr tempoh yg diberi, ini berkemungkinan anda akan dikenakan caj 'rush order' atau kualiti kad tidak sperti yg diharapkan.
  5. kad siap,boleh ambil.. dan edar.
TIP-TIP TAMBAHAN MENEMPAH KAD KAHWIN
  • elakkan buat 2 jenis kad kahwin yg berbeza. ramai yg suka buat 2 jns kad kahwin, kad bajet dan kad vip. bila anda menepah kad bajet lbh bnyk dan kad vip dgn kuantiti yg sedikit, anda perlu kad vip yg dicetak dgn kuantiti yg sikit sgt mahal sdgkan anda boleh cetak kad vip keseluruhannya dgn kuantiti yg bnyk pd harga yg sama dengan anda cetak 2 jns kad berlainan tersebut.
  • elakkan juga menempah kad kahwin terlalu sedikit dan dtg kemudian menempah lagi kerana tidak cukup. harga lebih tinggi jika cetak sedikit.. sedikit. biar tempah lebih sedikit sebagai persediaan, lebih murah, tidak bnyk kerja dan selamat.
  • sediakan maklumat yg lengkap dan tepat semasa datang membuat tempahan
  • SEMAK kad anda dengan teliti. maklumat betul dan jelas.
  • buat tempahan awal
  • buat perbandingan harga dengan beberapa kedai dari sudut harga dan design.
satu lagi pesanan peribadi saya, elakkan lah dari berhajat utk mmbuat kad kahwin yg letak gambar. terutama gmbr yg tdk mematuhi syariat, kebiasaannya semasa menempah kad kahwin, pasangan tersebut blum lg jd suami isteri,. usahlah meletak gmbr yg berdua2an, sudah berpelukan, berpegang tgn, rapat bahu dan pipi. gmbr berasingan yg dirapakan secara editting juga tidak perlu. elakkan juga gmbr yg 'posing' maut, berlebihan, mendedahkan aurat dan sebagainya. ini hanya akan mengundang fitnah kpd bakal pengantin dan juga fitnah kepada Ummah Islam. akhlak muda-muda masa kini mmg amat menyedihkan.. jgn nnti tua, br menyesal dengan kesilapan semasa darah muda..
Apa yang saya kongsikan di sini adalah sedikit sebanyak pengalaman saya sebagai pembuat kad kahwin dan juga pernah merasai pengalaman membuat persiapan sebelum majlis perkahwinan. Ada perkara yg saya tidak tahu dulu dan mnyesal sekarang kerana tidak mementingkan perkara yg penting. 'first thing first' atau dalam Islam.. fiqh aulawiyyat.. saya harap kawan2 dan adik2 tidak mengulangi kesilapan2 org2 yg terdahulu. ambillah pengajaran dan ingtlah pesan saya di awal td, perkahwinan merupakan perkara yg mulia. pastikan majlis itu adalah majlis yg diberkati. mahu majlis yg diberkati perlu ada usaha utk melakukan perkara yg betul dan elak perkara2 yg tidak penting, membazir dan maksiat.
semoga tulisan saya ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi sedikit panduan kepada bakal pngantin dan dpt menyampaikan sedikit kesedaran ttg apa yg patut dan tidak. jika terdapat kesilapan dan kekurangan di dalam tulisan ini, semua dialu alukan utk membtulkannya. saya hanya manusia biasa, menyampaikan berdasarkan apa yang saya tahu dan alami. jika baik, boleh tolong disampaikan pada yg lain. feel free to tag others..

Sebelum berkahir, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kpd semua pelanggan2 saya yg bersama saya dari awal saya memulakan perniagaan ini dengan serba kekurangan. kesabaran dan kesetiaan kalian adalah kunci kpada kesinambungan bisnes saya dan pelanggan lah yg memberikan bnyk pengalaman ini kpada saya. saya memohon maaf di atas kekurangan dan moga dpt diperbaiki dari masa ke semasa. terima kasih, terima kasih.. saya sentiasa berharap dan berusaha agar perniagaan saya ini dapat mmbantu masyarakat sekeliling  saya, memudahkan semua dan diberkati Allah.

ikhlas,
Latiffah
poskadkahwin2u



Wednesday, October 31, 2012

kad kahwin poskad -official page @fb

official facebook page : www.facebook.com/poskadkahwin2u

Assalamualaikum wbt..

apa khabar pengunjung2 semua? sekarang ni musim hujan... alhamdulillah 'ala nikmatih. dengan hujan, pelbagai rahmat yg Allah turunkan kepada kita. sedar atau x sedar. yg jarang kita ambil pengajaran ialah waktu hujan ni antara waktu yang mustajab doa. :) boleh la berdoa bnyk2 di kala hujan tu ye,.. kurangkan mengeluh tentang kesukaran yang berlaku tika hujan.

musim cuti sekolah pun dah dekat, lagi beberapa je cuti sekolah.. memang banyak dapat jemputan kenduri kahwin kan. kami di sini pun sedikit hura-hara penangan musim orang kahwin ni, alhamdulillah. bukan setakat kenduri kahwin, kenduri khatan pun x ketinggalan.. ada juga dapat order utk kad berkhatan style kad kahwin ni tp kita adjust la design bg sesuai..


kad berkhatan



comel jugak kan, sesuai nak jemput saudara mara, orang kampung dan tetamu istimewa.



Ruang proses tempahan belum sempat kami update, pengunjung yg berminat boleh direct contact kami. nak intai-intai kami kat fb dulu pun boleh. yg ni fb khas untuk kadkahwin poskad ni www.facebook.com/poskadkahwin2u


terima kasih sudi meluangkan masa.. insyaAllah, kami update lagi nanti.